LAPORAN PRESTASI PERNIAGAAN
PPK Tanjong Piandang telah menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan. Antaranya ialah Jualan Bekalan Ladang (Input Dan Alat Pertanian) , Pemasaran Padi, Pemasaran Beras Dan Makanan Ringan, Pemasaran Gas, Kejenteraan Ladang, Pengangkutan, Kejenteran Ladang Dan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan.
Jualan Bekalan Ladang
Bahagian ini memberi tumpuan kepada jualan baja, racun rumpai, racun serangga, benih padi serta alat-alat pertanian. Jualan Input dijual kepada ahli secara tunai dan kredit. Melalui aktiviti ini PPK telah berlanggan dengan PPN Perak untuk mendapat bekalan input pertanian.
Bagi bulan Jun 2010 Jualan Bekalan Ladang berjumlah RM 196,211.00 dengan perbelanjaan berjumlah RM 172,827.00 dengan keuntungan aktiviti ini sebanyak RM 23,383.00.
Pemasaran padi
Aktiviti Pemasaran Padi dijalankan 2 kali setahun. Bagi kewangan berakhir bulan Jun 2010 jumlah perbelanjaan sebanyak RM 920,799.00 dan pendapatan adalah RM 1,050,448.00 secara keseluruhan keuntungan bagi aktiviti Pemasaran padi ini ialah RM 129,649.00
Pemasaran Beras
Aktiviti Pemasaran Beras pada tahun 2010,nilai pendapatan bagi aktiviti ini adalah RM 173,012.25 dengan perbelanjaan RM 119,898.00 keuntungan sebanyak RM 53,114.07
Kejenteraan Ladang
Nilai pendapatan bagi aktiviti ini berakhir Jun 2010 adalah RM 406,071.00 manakala perbelanjaan sebanyak RM 328,568.00. Keuntungan bersih aktiviti ini ialah RM 77,502.00
Pengangkutan
Aktiviti utama Pengangkutan digunakan untuk mengangkut baja padi, pembelian padi dan lain-lain perkhidmatan. Walau bagaimanapun pada tahun 2010 PPK telah merancang untuk membeli 2 buah lori lagi menjadikan 5 buah lori. Dari segi pendapatan berakhir Jun 2010 mendapat RM 68,131.95.00 manakala perbelanjaannya sebanyak RM 62,917.91 dan keuntungan RM 5,214.04
Kerja-Kerja Kontrak
Bagi tahun 2010 berakhir Bulan Jun 2010 PPK Tanjong Piandang memperolehi pendapatan dari aktiviti ini sebanyak RM 669,570.00 perbelanjaan sebanyak RM 567,827.00 dan keuntungan bersihnya sebanyak RM 101,742.00