MAKLUMAT ASAS PPK TG. PIANDANG
Laporan kemajuan Pertubuhan Peladang kawasan Tanjong Piandang disediakan sebagai alat pengukur untuk menilai prestasi aktiviti ekonomi dan sosial Pertubuhan Peladang berasaskan indek tahun terakhir 30 Jun 2010.
Laporan kemajuan Pertubuhan Peladang kawasan Tanjong Piandang disediakan sebagai alat pengukur untuk menilai prestasi aktiviti ekonomi dan sosial Pertubuhan Peladang berasaskan indek tahun terakhir 30 Jun 2010.
PRESTASI KEWANGAN
Pertubuhan Peladang Kawasan Tanjong Piandang telah mencatat isipadu perniagaan berakhir Jun 2010 berjumlah RM 10,248,505.00 pada tahun kewangan 2010.
Keuntungan sehingga Jun 2010 adalah RM 346,532.00. Keuntungan setelah diaudit bagi tahun 2009 adalah RM 801,000.00
Nilai Aset Semasa Bulan Jun 2010 PPK RM 3,355,228.00
Dana Pemegang Saham berakhir Jun 2010 telah bertambah kepada RM 935,425.00 berbanding berakhir Disember 2009 adalah RM 876,446.00 pertambahan sebanyak RM 58,979 . Ini disebabkan ramai petani muda yang menjadi ahli PPK dan dijangkakan akan meningkat dari bulan ke bulan disamping kempen tambah saham yang diadakan oleh PPK.
BAHAGIAN HAL EHWAL KORPORAT
Bahagian Hal Ehwal Korporat merupakan nadi kepada aktiviti PPK iaitu Prinsip Pertubuhan Ekonomi dan Sosial
Maklumat Keahlian dan Saham
Jumlah Keseluruhan : 3106 orang
Jumlah Ahli Lelaki : 2007 orang
Jumlah Ahli Perempuan : 1099 orang
Jumlah Saham Keseluruhan : RM 935,425.00
Jumlah Saham Lelaki : RM 617,469.00
Jumlah Saham Perempuan : RM 311,142.00
Jumlah SKATA : RM 6,814.00